Tip Penyusuan

Masalah ketika menyusu susu ibu II

Sambungan masalah ketika menyusu susu ibu

Bengkak Payudara
Jika payudara terlalu penuh dengan susu, ia akan menjadi tegang dan tidak selesa. Terjadi dalam beberapa minggu awal menyusu. Kebiasaannya adalah kes yang kecil, tetapi jika payudara membesar, keras dan menyakitkan ia perlu dirawat. Jika dibiarkan ia juga akan mengurangkan pengeluaran susu.

Rawatan
• Untuk masalah yang kecil, masalah boleh diselesaikan dengan menyusukan bayi anda kerap. Mungkin boleh memerah dengan tangan dahulu untuk melembutkan areola (bahagian berwarna gelap), jika ia terlalu keras untuk bayi memasukkan ke dalam mulutnya.
• Untuk masalah yang lebih besar, memerlukan beberapa rawatan. Cuba urut keseluruhan payudara. Bermula daripada atas ke areola. Boleh sapukan dengan minyak atau ubat sapuan, tetapi jangan di sapu pada areola. Lakukan sekali atau beberapa kali sehari.
• Semasa penyusuan atau rawatan, pakai bra yang dapat memberi sokongan kepada payudara anda dari semua arah. Anda juga boleh tuamkan dengan ais atau botol air panas( hot water bottle).

Bengkak di belakang areola
Bengkak terjadi kerana terlalu banyak susu di sinus, tempat simpanan terletak di belakang areola. Ia akan menjadi keras dan menyusahkan bayi memasukan ke mulut dan menggunakan gusinya untuk kompres. Bayi akan melekat pada puting, dan boleh menyebabkan luka pula. Ini biasa terjadi hujung minggu pertama

Rawatan
• Ibu perlu mengeluarkan sedikit sahaja susu daripada sinus agar areola menjadi lembut.

Bengkak akibat saluran tersumbat
Bengkak jenis ini berlaku di satu segmen payudara sahaja akibat saluran tersumbat.

• Rawatan sama seperti rawatan untuk bengkak payudara.
• Anda juga boleh memberikan susu kepada bayi dengan hidung bayi menghala ke saluran tersumbat, kerana sedutan paling kuat di tengah di bawah hidung bayi.
• Kerap tukar posisi menyusu bayi
• Rehat secukupnya untuk ibu

Jangkitan pada payudara

Jika luka berlaku dalam payudara, ini mungkin akan menyebabkan jangkitan yang akan menyebabkan bisul payudara. Kulit akan menjadi merah di sekeliling luka, dan mungkin mengalami demam. Sakit kepala dan simptom seperti selesema juga antara tanda jangkitan. Dapatkan rawatan. Dengan rawatan moden sekarang, sebaiknya bayi terus menyusu. Mengosongkan susu sepenuhnya daripada payudara sekali sehari turut membantu.

Ibu sakit
Penyusuan boleh diteruskan. Ada ibu yang mengalami kekurangan susu apabila sakit, biasanya susu akan kembali banyak selepas sembuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *