Tip Penyusuan

Masalah ketika menyusu susu ibu

Di bawah disenaraikan beberapa masalah ibu yang menyusukan bayi susu ibu

Bayi menggigit puting

Menggigit akan menyebabkan puting luka. Kadang-kadang bayi akan mengigit apabila gusinya gatal ketika tumbuh gigi atau selepas beberapa bulan tumbuh gigi. Kebanyakan bayi mudah untuk diajar supaya tidak menggigit. Dengan segera masukkan jari anda antara gusi-gusinya dan katakan dengan lembut jangan. Jika dia buat lagi, lakukan lagi.

Menolak untuk menghisap

Ada kala bayi menyusu tanpa masalah selama beberapa bulan, tetapi kemudian tiba-tiba menangis tidak mahu menyusu. Ini adalah disebabkan sakit gigi.
Tip mengenai ini akan diberikan kemudian

Sakit ketika menyusu

Anda mungkin mengalami kejang (cramp) di bahagian abdomen bawah selama 1 ke 2 minggu pertama apabila bayi mula menyusu. Ini kerana penyusuan akan melepaskan hormon yang menyebabkan rahim mengalami kontraksi untuk mengecutkannya kembali ke bentuk asal. Rasa ini akan hilang. Dalam beberapa hari pertama anda juga akan alami sakit pada putting selama beberapa saat apabila bayi menghisap. Ini adalah biasa,ia akan hilang selepas beberapa hari.

Puting Rekah dan luka

Jika rasa sakit ketika menyusu mungkin disebabkan berlaku rekah atau luka pada puting. Pemeriksaan perlu dibuat untuk memastikan sebab ia berlaku. Jika disebabkan cara penyusuan yang salah, anda akan diajar cara menyusu yang betul untuk mengelakkan ia berlaku lagi. Doktor juga akan berikan ubat untuk disapu pada payudara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *