Tip Kehamilan / Mengandung

Hubungan intim ketika mengandung

Ummph boleh ke? Takut ada beri kesan pada kandungan?

Kebetulan semasa saya menulis topik ini, dalam rancangan Wanita Hari Ini, hari ini dan esok membincangkan mengenai topik ini juga.

Sebenarnya untuk mereka yang mengandung normal, tiada masalah berkaitan mengandung, hubungan intim boleh dilakukan seperti biasa. Posisi-posisi juga boleh dibuat seperti biasa. Cuma ketika kandungan semakin besar, mungkin ada posisi-posisi yang menyebabkan ketidakselesaan ketika bersama. Kebanyakan suami sukakan ketika isteri mengandung ini kerana tiada ‘cuti’ untuk bersama. Namun jika mereka yang mengalami masalah rahim tidak kuat, kerap keguguran, kelahiran pramatang dan beberapa masalah lain, hubungan intim ini perlu dielakkan atas nasihat doktor. Ada hanya dalam jangka masa tertentu dan ada mungkin sehingga bersalin.

Tetapi biasanya ketika trimester pertama mengandung, ada ibu-ibu yang kurang berminat untuk melakukan hubungan intim ini kerana masalah seperti morning sickness, muntah dan kepenatan terutama mereka yang mengandung anak sulung. Payudara membesar dan tegang juga menyebabkan berasa tidak selesa. Sebaiknya berbincang dengan suami jika anda tidak selesa. Suami pula harus faham keadaan isteri.

Masuk ke trimester kedua, kebanyakan masalah yang dihadapi mula berkurang dan ketegangan berkurang. Hubungan intim akan menjadi normal semula.

Hubungan intim ini tidak akan menyebabkan masalah kelahiran pramatang atau jangkitan kuman. Janin dilindungi kantung dan air ketuban untuk memastikannya selamat berada dalam rahim ibu. Kontraksi organism tidak akan memecahkan kantung dan sperma juga tidak akan masuk ke dalam kantung.

Namun jika anda mengalami kebocoran air ketuban atau masalah kontraksi, hubungi doktor dan minta nasihat doktor mengenai hubungan intim.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *