Tip Bayi & Anak-anak

Muntah atau jeluak

Jeluak adalah keadaan di mana isi kandungan dalam perut keluar dengan lembut daripada mulut bayi, biasanya dalam kuantiti yang sedikit. Otot yang sepatutnya menutup saluran ke perut masih belum kuat seperti kanak-kanak yang besar atau orang tua. Pergerakan seperti menekan terlalu kuat, baringkan bayi atau pergerakan penghdaman makanan yang berlaku boleh menyebabkan muntah.

Kebanyakkan bayi akan mengalaminya ketika beberapa bulan pertama kelahirannya. Kadang-kala berlaku setiap kali menyusu atau kadang-kala berlaku sekali-sekala. Semakin bayi meningkat besar, semakin kurang berlaku. Kebanyakkan mereka akan berhenti apabila mula boleh duduk dan ada yang hilang apabila mula berjalan. Jeluak memang mengotorkan dan berlaku pembaziran, namun selagi bayi membesar dengan sihat dan gembira tidak perlu risau dengan keadaan ini.

Muntah berlaku apabila isi perut keluar dengan kuat dan banyak yang menyebabkan ia keluar sehingga jauh beberapa cm daripada mulut. Namun ini tidak perlu dirisaukan jika ia berlaku sekali-sekala dan bayi kelihatan sihat dan gembira. Sekiranya berlaku kerap anda boleh berbincang dengan doktor terutama jika diikuti simptom lain. Anda boleh sendawakan bayi anda untuk mengelakkannya muntah. Tetapi ada bayi tetap muntah walaupun telah disendawakannya, atau ditukar susu atau dikurangkan kuantiti susu.

Setiap bayi berbeza. Anak-anak saya ada yang memang kuat muntah. Damia memang kurang muntah jika disendawakan. Anak-anak lelaki saya tetap akan muntah walau disendawakan. Namun berat badan mereka semua naik dengan baik, jadi tidak merisaukan. Cuma ketika anak pertama saya memang risau dan membuat pemeriksaan doktor.

Adakah perlu untuk menyusunya semula selepas muntah? Jika mereka gembira dan tidak meragam tidak perlu menyusukannya sehingga mereka lapar semula. Perut mereka mengalami sedikit masalah, jadi biarkan lah ia tenang dahulu. Jumlah muntah mungkin nampak banyak daripada yang sebenarnya.

Samada susu yang keluar masam atau curdle ia tidak menjadi masalah. Apabila susu masuk ke perut, asid akan bertindak balas.

Namun dalam keadaan di bawah anda perlu hubungi doktor
– muntah diikuti dengan ketidakselesaan, menangis, gagging, arching, batuk dan berat badan tidak naik.
– Muntah lebih dari 2 kali dan muntah berlaku secara paksaan atau kelihatan kekuningan atau kehijauan itu tanda ada bile
– Muntah diikuti dengan demam, perubahan dalam aktiviti seperti kurang tidur, bermain) atau tanda-tanda lain
– Muntah atau jeluak yang merisaukan anda. Adalah lebih baik jika berjumpa doktor untuk kepastian

Jika terdapat sebarang perubahan pada bayi anda jangan cuba membuat tafsiran sendiri. Mungkinan berlaku kesilapan. Sebaiknya tanya pendapat doktor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *