Tip Bayi & Anak-anak

Watak bayi ketika menyusu

Bayi biasanya mempunyai ciri-ciri tertentu yang sama. Mereka akan kerap tidur, menangis bila memerlukan sesuatu dan mengharapkan bantuan orang lain. Dan ciri yang paling menarik, semua bayi adalah comel. Saya sentiasa geram bila melihat bayi. Setiap kali melihat bayi baru lahir, teringin untuk menambah lagi;)

Namun bayi ini akan mempunyai watak mereka tersendiri. Anak-anak daripada ibu dan bapa yang sama, namun pelbagai watak dan perangai. Kenali watak mereka ini. Jadi layanan juga akan berbeza mengikut watak mereka. Jika kita layan semua bayi dengan cara yang sama, mungkin menimbulkan masalah. Tentu mereka akan kuat meragam kerana kehendak mereka tidak dipenuhi. Dan bayi juga dalam masa yang sama cuba memahami anda.

Berikut watak bayi anda ketika menyusu

1. Bayi yang pandai mengikut waktu – bayi ini mudah dijaga. Mereka mempunyai waktu yang tetap untuk tidur, menyusu dan membuang pada waktu yang sama.

2. Bayi cerewet – bayi yang memerlukan banyak perhatian daripada ibunya. Tidak mempunyai masa tetap, jadi si ibu perlu membantunya mengenal waktu.

3. Bayi yang kuat menyusu – bayi ini akan kerap menyusu sehingga melecet mulutnya. namun ini semua tidak menjadi masalah. Kulit ini akan tumbuh dan tangggal sehinga kulit bibir bayi menjadi tebal.

4. Bayi yang menunggu – bayi ini tidak menyusu sehingga berusia 4 ke 5 hari. Bayi ini mungkin tidak akan berusaha menghisap susu kecuali susu suah ada dan mengalir sendiri ke mulutnya.

5. Bayi yang lembab – bayi ini menyusu mengikut kehendaknya. Dia menyusu selama beberapa minit kemudian berehat. Dia juga tidak suka dipaksa menyusu dengan cepat.

6. Bayi yang mengantuk – bayi ini suka tidur, terutama ketika menyusu. Kejutkannya ketika menyusu jika tidur. Sebelum menyusu cuba bermain dengannya agar dia tidak mengantuk dan cergas.

7. Bayi aktif – amat suka menyusu, namun sukar diam. Dia akan mengerakkan kepala ke kiri dan kanan mencari puting. Jika terlepas putting, dia akan menangis kuat. Ajar bayi anda menyusu dengan tenang.

8. Bayi mengigit – suka menerkam dan mengunyah putting. Jika dia mengunyah, keluarkan puting anda dari mulutnya. Jangan tarik tetapi masukkan jari anda untuk mengeluarkan puting dari mulutnya.

9. bayi yang selalu muntah – untuk hindarkannya dudukan bayi agak membongkok ke depan ketika sendawakannya.
10. Bayi berat sebelah – bayi ini suka menyusu sebelah sahaja. Berikan dulu bahagian yang tidak disukainya dahulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *