Tip Kehamilan / Mengandung

Pre eclampsia

Semasa mengandung bengkak di pergelangan kaki dan jari kaki adalah perkara biasa. Ini dipanggil oedema iaitu berlaku berlebihan cecair di dalam badan anda. Namun jika bengkak ini berlaku dengan mengejut, perlu berjumpa doktor. Ini adalah pre-eclampsia

Pre-eclampsia berlaku di pertengahan semasa mengandung. Biasanya berlaku tekanan darah tinggi, bengkak dengan mengejut dan kenaikan berat badan mendadak akibat rentensi air dan protein dalam air kencing. Pre-eclampsia boleh berlaku sama ada sedikit atau boleh menyebabkan kesan ke atas sistem badan. Tiada rawatan untuk menghentikannya namun ia boleh diuruskan

Apabila ia berlaku, ia akan mengurangkan pengaliran darah ke uri di mana ia amat berbahaya ke atas bayi yang dikandung. Pre-eclampsia juga akan mengurangkan pembesaran bayi kerana kekuarangan oksigen atau nutrisi yang diperolehi bayi.

Jika tidak dibendung ia akan membentuk eclampsia, iaitu tekanan darah akan menjadi sangat tinggi dan berbahaya ke atas anda dan bayi. Eclampsia akan menyebabkan serangan mengejut dan kejang yang boleh menyebabkan koma dan kecacatan. Biasa eclampsia terjadi ketika di akhir tempoh mengandung atau selepas bayi dilahirkan.
Kebarangkalian untuk mendapat pre-eclampsia adalah besar bagi mereka
Ħ Jarak yang jauh ketika mengandung anak terdahulu dan yang baru , biasanya antara 10 tahun
Ħ Berumur 40 ke atas
Ħ Gemuk ketika mula mengandung
Ħ Mengalami masalah kesihatan yang kronik yang memberi kesan ke atas sistem darah, tekanan darah, masalah ginjal atau diabetes
Ħ Mengandung kembar atau lebih
Ħ Mempunyai sejarah keluarga yang mengalaminya
Ħ Pernah mengalaminya

Tiada cara terbaik untuk mengelak pre-eclampsia. Namun untuk mengelaknya pastikan sentiasa mengikuti temujanji antenatal dengan tetap. Jadi ujian air kencing dan tekanan darah dapat membantu sekiranya terdapat tanda awal pre-eclampsia.

Tanda pre-eclampsia semasa trimester ke-2 mengandung atau selepas beberapa minggu bersalin
Ħ Bengkak secara mengejut di muka, tangan dan kaki
Ħ Sakit kepala yang keterlaluan diikuti penglihatan menjadi kabur dan spot
Ħ Sakit yang teruk dibahagikan atas abdomen
Ħ muntah

Apabila ini terjadi, berehat secukupunya. Jika tekanan darah terlalu tinggi, anda perlu ditahan di hospital untuk pengawasan. Ini bertujuan untuk memastikan tempoh mengandung anda lebih panjang. Jika tidak dapat dikawal, doktor akan meminta anda bersalin awal sama ada secara induce atau pembedahan.

Pre-eclampsia akan bertambah baik apabila bayi telah dilahirkan. Tetapi anda masih berisiko menghadapi pre-eclampsia selama 4 minggu selepas bayi dilahirkan terutama pre-eclampsia dikesan ketika anda mengandung 37 minggu ke atas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *