Tip Kehamilan / Mengandung, Tip Pemakanan

Pemakanan Ikut Jenis Darah ketika Mengandung – Darah jenis AB

Makanan ibu mengandung bagi mereka jenis darah AB, perlu kurang mengambil daging kerana perut menghasilkan asid yang tidak mencukupi untuk memproses protein daging binatang. Boleh ambil kambing atau arnab. Perlu elak ambil ayam dan daging lembu. Makanan dari laut merupakan sumber protein yang baik untuk jenis darah AB. Ikan yang sesuai adalah ikan tenggiri dan ikan kod. Namun perlu berjaga-jaga, perlu elak ikan yang mempunyai kadar merkuri yang tinggi seperti tuna segar dan ikan todak.

Darah jenis AB sesuai mengambil produk tenusu terutama dari jenis produk berkultur dan masam seperti yogurt dan kefir.

Sayuran yang baik adalah seperti brocoli, karot, kobis dan ubi keledek. Namun sayuran seperti taugeh dan jagung tidak sesuai diambil oleh mereka ini. Buah-buahan yang sesuai adalah ceri, anggur, tembikai dan plum. Perlu elak pisang, oren dan kelapa

Rujukan – Eat Right For Your Baby dan Eat Right for your Type tulisan Dr Peter J. D’ Adamo.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *