Tip Kehamilan / Mengandung, Tip Pemakanan

Pemakanan Ikut Jenis Darah ketika Mengandung – Darah jenis B

Makanan ibu mengandung bagi mereka jenis darah B,  boleh ambil daging kambing atau arnab. Perlu elak ambil ayam. Makanan dari laut merupakan sumber protein yang baik untuk jenis darah B. Ikan yang sesuai adalah ikan tenggiri dan ikan kod. Namun perlu berjaga-jaga, perlu elak ikan yang mempunyai kadar merkuri yang tinggi seperti tuna segar dan ikan todak. Elakkan dari jenis kerangan seperti ketam dan udang karang(lobster)

Darah jenis B amat sesuai mengambil produk tenusu. Manakala kebanyakan kacang tidak sesuai diambil oleh darah jenis ini.

Sayuran yang baik adalah seperti brocoli, karot, kobis dan ubi keledek. Namun sayuran seperti tomato, labu dan jagung tidak sesuai diambil oleh mereka ini. Buah-buahan yang sesuai adalah pisang, betik dan tembikai. Perlu elak buah kelapa, dan belimbing.

Tip-tip ini ambil dari buku Eat Right For Your Baby dan Eat Right for your Type tulisan Dr Peter J. D’ Adamo.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *