Tip Kehamilan / Mengandung, Tip Pemakanan

Pemakanan Ikut Jenis Darah ketika Mengandung – Darah jenis A

Tip makanan untuk ibu mengandung bagi jenis darah A.

Bagi mereka jenis darah A, ibu mengandung perlu kurangkan makanan berdaging. Jika boleh ambil ayam atau ayam belanda. Makanan dari laut merupakan sumber protein yang baik untuk jenis darah A seperti ikan tenggiri, ikan kod dan ikan trout. Namun perlu berjaga-jaga, perlu elak ikan yang mempunyai kadar merkuri yang tinggi seperti tuna segar dan ikan todak.

Manakala untuk tenusu, darah jenis A boleh mengambilnya dengan kadar sedikit. Jadi untuk mendapatkan kalsium ambillah dari sumber seperti yogurt dan produk tenusu berkultur.

Kacang soya dan produk dari soya sangat sesuai untuk mereka ini. Begitu juga dengan kekacang, sesuai untuk jenis darah ini.

Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran sesuai diambil oleh mereka berdarah A. Sayuran yang baik adalah seperti brocoli, karot, labu dan bayam. Namun sayuran seperti tomato dan ubi-ubi tidak sesuai diambil oleh mereka ini. Buah-buahan yang sesuai adalah buah-buahan yang beralkali seperti buah beri, anggur dan timun. Perlu elak makan pisang, oren dan betik.

Tip-tip ini ambil dari buku Eat Right For Your Baby dan Eat Right for your Type tulisan Dr Peter J. D’ Adamo.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *