Tip Kehamilan / Mengandung, Tip Pemakanan

Pemakanan Ikut Jenis Darah ketika Mengandung – Darah jenis O

Sebenarnya jenis-jenis darah boleh menentukan keperluan kita. Betul ke? Boleh cuba amalkan makanan untuk ibu mengandung ini.

Darah manusia terbahagi kepada 4 jenis iaitu O, A, B dan AB. Mengikut sejarah darah jenis O adalah darah asal manusia. Kemudian akibat revolusi wujud pula darah jenis A, diikuti jenis B dan terbaru jenis AB.

Darah O adalah darah asal, di mana ketika itu manusia makan makanan berdaging. Jadi biasanya untuk darah O, amat sesuai makan jenis berdaging seperti daging lembu dan kambing tidak berlemak. Makanan laut juga sesuai untuk jenis darah O. Namun perlu berjaga-jaga, perlu elak ikan yang mempunyai kadar merkuri yang tinggi seperti tuna segar dan ikan todak.

Manakala untuk tenusu, darah jenis O kurang digalakkan mengambilnya. Jadi untuk mendapatkan kalsium perlu ambil dari produk bukan tenusu seperti susu soya, susu badam yang diperkaya dengan kalsium.

Saya darah jenis O. Ketika awal mengandung saya minum susu dan mengalami muntah yang teruk setiap hari. Doktor ada menasihatkan supaya hentikan susu. Saya pelik juga, biasa perlu minum susu. Jadi saya teruskan juga. Sehingga dah tak sanggup lagi menanggung muntah, saya hentikan pengambilan susu. Memang muntah saya juga berhenti. Kemudian baru saya tahu saya sebenarnya tidak tahan dengan laktose dalam susu lembu. Dan membaca buku Dr Adamo ini, lebih membuat saya faham tentang makanan, yang mungkin sesuai untuk orang lain namun tidak sesuai dengan saya.

Begitu juga dengan produk dari gandum serat penuh (whole wheat) kurang sesuai diambil. Boleh mengganggu penyerapan makanan.

Kacang biasanya tiada masalah untuk diambil tetapi semasa mengandung perlu kurang mengambilnya terutama kepada mereka yang mengalami masalah perut yang sensitif.

Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran sesuai diambil oleh mereka berdarah O. Boleh ambil brocoli, labu, bayam dan bawang. Namun sayuran seperti bunga kubis, jagung dan ubi kentang tidak sesuai diambil oleh mereka ini. Untuk buah-buahan elak mengambil oren kerana mengandungi tahap asid yang tinggi yang boleh meningkatkan tahap ketoksikan usus.

Rujukan – Eat Right For Your Baby dan Eat Right for your Type tulisan Dr Peter J. D’ Adamo.

Perlukan bengkung, sila klik sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *