Tip Bersalin dan Berpantang

Amalan meminum ubat periuk.

Apa itu ubat periuk? Mungkin ramai yang tidak tahu apa itu ubat periuk. Sebenarnya ini adalah air rebusan rempah ratus dan herba yang dibuat sebagai minuman harian selama 44 hari. Tujuan meminum ubat periuk ini adalah untuk membantu pengeluaran angin, lendir dan darah nifas. Ia juga untuk membersihkan, menyegarkan, mengembalikan fungsi rahim, melawaskan sistem perkumuhan dan membantu membuang lemak berlebihan. Minuman ini juga dapat menambah tenaga.

Kemudian selepas 44 hari ke 100 hari boleh diamalkan minuman herba untuk merapatkan bahagian sulit.

Pengambilan herba juga tidak boleh diambil sebarangan. Ada sesetengah herba jika diambil terlalu awal boleh menyebabkan punca penyakit puan. Contohnya seperti kacip fatimah, serapat dan manjakani tidak boleh diambil secepat mungkin, seelok-eloknya selepas 30 hari. Herba ini amat berguna untuk merapatkan semula saluran faraj. Namun jika diambil terlalu awal, ia akan menyebabkan darah kotor tidak keluar dengan sempurna. Darah nifas kering lebih awal dari sepatutnya. Pengeluaran darah nifas sempurna apabila darah ‘bayam’ telah keluar. Darah bayam ini adalah darah yang keluar di hujung tempoh pengaliran darah nifas. Ia berwarna kekuningan dan berbau busuk. Jika darah ini tidak dikeluarkan ia boleh menyebabkan masalah seperti seram sejuk, alah, mudah letih, sakit pinggang. Ia akan menyebabkan juga masalah lelehan faraj berbau dan ini akan mengganggu perhubungan suami dan isteri.

Perlukan bengkung, klik sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *