Tip Penyusuan

Pengalaman Penyusuan Susu Ibu Bekerja II

S: Kenapa bayi tidak diberi susu formula atau air sementara menunggu terbitnya susu ibu?
J: Penting untuk mempastikan bahawa bayi tidak diberi apa jua penyusuan jenis lain kerana ia akan mengganggu penyusuan susu ibu. Jumlah kolostrum yang sedikit dan susu awal yang diperolehi oleh bayi dari payudara adalah mencukupi untuk tempoh beberapa hari sehingga susu ibu keluar sepenuhnya dalam kuantiti yang lebih banyak.

S: Kenapakah bayi yang baru lahir menyusu dengan kerap?
J: Pada peringkat awal, bayi kelihatan ingin menyusu dengan kerap dan ibu menjadi letih untuk melayan permintaannya. Pada waktu ini, peranan dan sokongan anda dan ahli keluarga sangat-sangat diperlukan. Anda perlu menyakinkan si ibu bahawa dia perlu meluangkan banyak masa dengan menyusu bayi dalam tempoh dua, tiga atau empat hari yang pertama. Jika dalam tempoh berkenaan, dia kerap melayan permintaan bayi untuk menyusu, susunya akan menjadi semakin banyak dan bayi akan lebih mudah menghisap di kemudian hari. Jika ibu hendak menjarakkan masa antara penyusuan, tempoh maksimum yang biasa dicadangkan ialah tiga jam. Jika jarak antara penyusuan terlalu lama iaitu melebihi empat jam, bayi akan kelihatan meragam dan tidak senang.

 

S: Berapa lamakah saya harus menyusu pada sebelah payu dara?
J: • Paling baik ialah memberikan penyusuan yang singkat tetapi kerap kerana cara ini dapat membuatkan susu keluar dengan lebih cepat dan meningkatkan kuantiti susu ibu. Ia juga memberi peluang kepada puting untuk menyesuaikan dengan hisapan bayi. • Keinginan bayi menyusu boleh dijadikan sebagai panduan kepada ibu. Bayi akan menentukan dengan sendiri bila masanya dia ingin menyusu. Melalui cara ini, bayi akan menghisap sebelah payudara sehingga susu di payudara sehingga payudara itu kosong Ini membolehkan dia mendapat khasiat susu yang kaya dan berkrim yang terhasil di hujung setiap penyusuan. Susu yang keluar di “akhir” setiap penyusuan digelar “hind milk”. Susu “akhir” ini mengandungi khasiat lemak yang diperlukan untuk pembesaran bayi. • Beritahu para ibu supaya menyusu bayi menggunakan payudara yang sebelah lagi apabila tiba waktu penyusuan berikutnya. Bayi akan menunjukkan tanda-tanda samada hisapan pada sebelah payudara sahaja mencukupi atau tidak. Jika ia mencukupi, bayi akan menarik mulutnya keluar atau pun tertidur dipayudara ibu. Jika bayi masih terjaga atau aktif mencari payu dara, ini bermakna dia perlukan susu lagi. Oleh itu, berikan payudara yang sebelah lagi. Di saat-saat awal kelahirannya, seseorang bayi memerlukan penyusuan yang kerap dan banyak bagi menjamin tumbesarannya.
S: Bagaimana mengatasi masalah bayi yang tidur dan tidak mahu menyusu?
J: Sesetengah bayi sentiasa dalam keadaan mengantuk dan lebih banyak tidur daripada berjaga. Bayi seperti ini perlu dikejutkan untuk penyususan. Dalam tempoh 24 jam, adalah biasa bagi seorang bayi untuk menyusu sebanyak 12 kali atau lebih. Sekurang-kurangnya, bayi perlu mendapat 6 atau 7 penyusuan sehari. Bayi yang sentiasa mengantuk, mungkin disebabkan oleh jangkamasa bersalin yang lama atau kesan ubat-ubatan yang diberikan kepada ibu ketika proses bersalin.

S: Apakah dia rooming-in?
J: Galakan ibu agar berada di bilik yang sama dengan bayi bagi membolehkan ibu menyusu atau membelai bayinya. Penyusuan pada waktu malam amat penting bagi bayi dan ibu. Ibu mendapat faedah dari segi rangsangan pengeluaran susu yang berkesan. Jika bayi diberi susu sebaik sahaja dia terjaga, bayi itu tidak akan mengganggu ibu-ibu lain hendak tidur. Secara alternatif, jika bayi berada di dalam pusat penjagaan bayi di hospital, ibu boleh meminta agar bayi dibawa kepadanya sebaik sahaja bayi terjaga.

S: Bilakah susu mula dihasilkan?
J: Diantara hari pertama dan keempat selepas kelahiran, susu sebenar yang berwarna putih akan mula dikeluarkan. Pada peringkat ini, kolostrum akan bercampur dengan susu baru, menjadikan ia kelihatan pekat dan berkrim. Secara perlahan-lahan iaitu kira-kira seminggu kemudian, kolostrum akan berkurangan dan susu kelihatan lebih cair, kebiruan dan berkeadaan seperti air. Ini rupa susu ibu yang sebenar. • sesetengah ibu mendapati payudara mereka penuh dan berat. Ini dipanggil bengkak susu. • sesetengah bayi akan kehilangan berat badan dalam tempoh beberapa minggu pertama. Bagaimanapun, berat bayi akan meningkat sebaik sahaja payudara ibu mula menghasilkan susu.

S: Bagaimana saya boleh mengatasi masalah letih/pucat selepas bersalin.
J: Galakkan ibu supaya meringankan kerja-kerja rumah. Jangan berlebihan melakukannya. Cuba dapatkan bantuan daripada kawan-kawna dan saudara mara pada minggu pertama dan seterusnya. Ibu akan mudah berasa letih. Ia mengambil masa beberapa minggu untuk pulih seperti asal. Lebih baik berehat secukupnya pada waktu siang. Pada peringkat awal, tugas menjaga bayi tanpa mengira siang atau malam adalah agak berat bagi ibu. Minggu terawal berada di rumah adalah waktu yang amat penting untuk ibu dan bayi. Inilah masanya ibu dan bayi membentuk hubungan kasih sayang yang kukuh antara satu sama lain. Ingat! Soal bayi lebih penting. Perkara lain boleh diketepikan untuk sementara waktu. Pada waktu ini, ibu mungkin terasa tidak berminat hendak keluar rumah. Ibu memang digalakkan menyendiri di rumah. Jika ibu terasa tidak berminat hendak keluar rumah, dia boleh keluar bersama bayi tanpa perlu bersusah payah membawa botol dan susu formula. Sesetengah ibu bimbang sekiranya susu akan berkurangan di peringkat awal. Ini kerana dia kurang mengalami bengkak susu dan susu kelihatan cair. Anggapan ini tidak benar. Ibu harus ingat bahawa jika dia menyusu setiap kali bayi memintanya, susunya akan sentiasa berada dalam keadaan mencukupi untuk bayi.

S: Bagaimana mempastikan bayi mendapat cukup susu?
J: Jika ibu menyusu bayi berdasarkan keperluan bayi dan dengan kerap, ibu pasti akan mengeluarkan susu secukupnya. Cara mengenalpasti ialah:- • Bayi membuang air sebanyak 7 hingga 8 kali sehari (hanya dengan meminum susu ibu sahaja tanpa mencampurkannya dengan jus atau susu (formula) • Berat badan bayi bertambah. Berat mingguan perlu diperiksa sepanjang bulan. • Bayi membuang air besar dalam kadar yang tetap. Tetapi tidak semestinya setiap hari. Sesetengah bayi pula membuang air besar dengan kerap. Manakala ada yang tidak membuang air besar selama seminggu. • Mata bayi kelihatan bercahaya. Kullit dan ototnya kelihatan berada dalam keadaan baik.
S: Apakah cara yang harus saya ikuti untuk menentukan kejayaan menyusu bayi?
J: Pastikan ibu berada dalan keadaan selesa dan tenang ketika menyusu bayi. Ibu akan tahu bahawa susunya sudah keluar dalam tempoh kira-kira satu atau dua minit selepas bayi mula menghisap. Ini berdasarkan:- • Pola hisapan bayi akan berubah kepada “hisap dan telan – hisap dan telan”. Ini bermakna bayi sedang minum susu ibu. Keadaan ini PASTI AKAN SENTIASA berlaku setiap kali bayi menghisap. • Payudara akan menjadi suam panas dan seperti penuh. Ibu akan terasa kawasan sekeliling payudara berdenyut sedikit. Pada masa yang sama, susu dari payudara sebelah lagi mungkin turut menitis keluar. Bagaimanapun, keadaan ini JARANG berlaku setiap kali penyusuan.
S: Bagaimana jika susu tidak cukup?
J: Kadangkala, ibu beranggapan bahawa pengaliran susu amat kurang dan tidak mencukupi untuk bayi. Sebenarnya, anggapan ini salah. Ibu perlu yakin bahawa susu ibu adakah makanan terbaik untuk bayi. Jika ibu terasa susunya kurang, dia boleh menambahnya dengan cara: • menyusu dengan lebih kerap. Lebih banyak bayi menghisap pada payudara, lebih banyak susu akan dihasilkan. KEKERAPAN MENYUSU AKAN MENGHASILKAN LEBIH BANYAK SUSU. • Bertenang ketika menyusu akan membantu susu mengalir dengan baik. Ibu boleh makan makanan ringan, minum, membaca buku, mendengar muzik, menonton TV atau melakukan senaman pernafasan ketika bayi mula menyusu. Tumpukan perhatian kepada otot-otot. Cara ini juga boleh menjadikan ibu tenang. • Berehat pada waktu siang. Ibu perlu tidur lebih di siang hari bagi menggantikan gangguan tidur di waktu malam kerana bayi hendak menyusu. Menjaga bayi baru lahir adalah satu tugas yang meletihkan. Ibu perlu menggalakkan bayi dan anak kecil yang lain tidur bersamanya pada waktu tengahari. • Makan makanan berkhasiat. Ibu perlu makan makanan seimbang. Bukan makanan ringan atau yang tidak berkhasiat.

S: Kenapa susu saya kelihatan cair?
J: Jika bayi kelihatan meragam dan tidak puas hati, dia mungkin tidak menerima susu yang kaya dan berkrim di hujung penyusuan. Susu ini dipanggil “susu akhir” atau “hind milk”. Cara terbaik untuk memperbetulkan masalah ini ialah dengan memberikan susu dengan sebelah payudara sahaja setiap kali menyusu. Cara ini dapat mempastikan yang bayi menerima semua peringkat susu ibu iaitu “susu pertama”, “Susu pertengahan” dan “susu akhir”. “Susu pertama” atau “fore milk” yang berwarna kebiruan dan kelihatan seperti air biasa bertujuan untuk menghilangkan dahaga. “Susu pertengahan” mengandungi lebih khasiat protin. Manakala “susu akhir”kelihatan lebih pekat dan berkrim kerana kaya dengan khasiat lemak. Bayi perlukan “susu akhir” untuk membolehkan berat badannya meningkat. Cara ini baik untuk membantu bayi yang kurang berat badan menambah berat badannya. Pastikan ibu mengingati yang dia perlu menyusu dengan payudara sebelah lagi apabila tiba waktu penyusuan berikutnya. Ibu boleh lekatkan pin pada baju dalam untuk memudahkan dia mengingatinya. Bayi yang kurang berat badan sejak lahir memerlukan penyusuan yang kerap sepanjang waktu siang dan malam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *